00:00Seorang wanita warga Jerman berusia 57 tahun yang didakwa membawa bom di dalam beg galasnya ditahan Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia
00:10atau FSB pada Isnin.
00:12Menurut FSB, tindakan wanita itu merupakan sebahagian daripada apa yang disifatkan sebagai operasi false flag yang diarahkan oleh perisikan Ukraine.
00:24Menuruti satu rakaman, wanita itu dilihat terbaring di atas permukaan tempat letak kenderaan dengan beberapa lelaki bersenjata, mengacukan senjata ke
00:34arahnya serta sebuah beg galas di sebelahnya.
00:37Pasukan pemusnah bom kemudian dilihat meletupkan beg tersebut. FSB mendakwa wanita itu memiliki bahan letupan bersamaan 1.5kg bahan letupan
00:47jenis TNT.
00:48Dia didakwa menyasarkan sebuah kemudahan penguatkuasaan undang-undang di wilayah Stavropoul, Rusia sebagai sebahagian daripada operasi yang dikaitkan dengan Ukraine.
00:59FSB turut menyatakan mereka menahan seorang lagi individu dari Asia Tengah yang dipercayai menyangka dirinya bertindak sebagai pihak sebuah organisasi
01:07pengganas.
01:08Menurut FSB, tindakan lelaki itu diselaraskan oleh pegawai perkhidmatan khas Ukraine yang menyamar sebagai anggota salah satu organisasi pengganas antarabangsa
01:19yang diharamkan di Rusia.
01:21Memetik Reuters, Ukraine setakat ini belum memberikan sebarang komen berhubung insiden itu.
01:26Terima kasih telah menonton!
Comments