Skip to playerSkip to main content
  • 5 days ago
Seorang pembantu kedai makan didenda RM3,500 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah mengintai seorang wanita di tandas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sentul, pada 16 April lalu. Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara empat bulan jika denda gagal dibayar.
Transcript
00:00Pembantu kedai makan yang mengintai wanita di tandas stesen transit aliran ringan LRT Sentul pada minggu lepas didenda RM3,500
00:09oleh Mahkamah Magistret Kuala Lumpur pada Isnin.
00:13Magistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu selepas Abdul Samad Rosman, 23 tahun, mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkan
00:24lelaki tersebut di penjara 4 bulan jika gagal menjelaskan denda.
00:30Abdul Samad didakwa mengaibkan kehormatan mangsa berusia 44 tahun di tandas wanita LRT Sentul, Bandar Baru Sentul pada 8 pagi,
00:3916 April.
00:41Petuduhan dibuat mengikut Seksyen 509, Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya jika
00:52sabit kesalahan.
00:53Timbalan penawaraya Syafiqah Azwar Fikri memohon Mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran.
01:01Bagaimanapun, peguam CH Low dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili lelaki itu memohon hukuman ringan kerana anak guamnya tidak
01:10berkemampuan selain telah insaf dan kesal atas perbuatannya.
01:14Sebelum ini, mangsa berkongsi rakaman wajah suspek yang ditahan polis bantuan di stesen LRT Sentul menegusi rakaman video tular di
01:23media sosial dan menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati.
01:27Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended