Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Jabatan Imigresen Malaysia menumpaskan satu sindiket eksploitasi tenaga kerja pembantu rumah asing yang dipercayai beroperasi sejak setahun lalu dalam operasi khas di 11 lokasi sekitar Lembah Klang pada 15 April.
Transcript
00:00Jabatan Imigresen Malaysia menempaskan satu sindiket eksploitasi tenaga kerja pembantu rumah asing yang dipercayai beroperasi sejak setahun lalu dalam operasi
00:11khas di 11 lokasi sekitar Lembah Kelang pada 15 April.
00:15Ketua Pengarah Imigresen Dato' Zakaria Shaaban berkata sebanyak lapan perempuan warga Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi berjaya diselamatkan hasil
00:27maklumat dan risikan selama satu bulan.
00:32Menurutnya, modus operandi sindiket adalah dengan menjanjikan pekerjaan kepada warga Indonesia yang tidak mempunyai pas yang sah untuk bekerja di
00:41negara ini.
00:42Sindiket juga dipercayai memperdaya majikan untuk menguruskan pekerja yang dibekalkan bagi mendapatkan pas untuk bekerja di negara ini.
00:51Zakaria berkata bayaran yang dikenakan kepada setiap majikan sebanyak RM4,500 hingga RM6,000 bagi setiap seorang pembantu rumah asing
01:01yang dibekalkan.
01:02Zakaria berkata dua wanita warga tempatan yang dipercayai sebagai ejen haram terdiri daripada seorang ibu dan anaknya yang dikenali sebagai
01:11ibu masnah telah ditahan dalam operasi itu.
01:14Dalam serbuan kedua, pasukan operasi berjaya menahan dua lelaki warga Yaman dan dua perempuan warga Indonesia yang dipercayai sebagai ejen
01:23haram dikenali sebagai ibu Nancy.
01:26Turut ditahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai bertindak sebagai transporter.
01:32Selain itu, Zakaria berkata pemeriksaan di lokasi lain membawa kepada penahanan 18 warga Indonesia terdiri daripada 10 lelaki dan 8
01:41wanita kerana tidak memiliki pas yang sah untuk berada di negara ini.
01:47Pasukan operasi turut menyita 21 paspor Indonesia, 7 unit telefon bimbit, dokumen perjanjian antara ejen dan majikan serta sebuah kenderaan
01:56jenis perol dua beza yang dipercayai digunakan bagi kegiatan berkenaan.
02:01Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemadagangan Orang dan Anti Penyelidupan Migrant 2007 dan Seksyen 12.1.F
02:10Akta Pasport 1966.
02:13Sementara 18 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 dalam kurungan 3 Akta Imigresen 1959-63.
Comments

Recommended