00:00Assalamualaikum anda bersama saya PNL dan ini adalah berita terkini.
00:05Menteri Luar Iran memaklumkan selat hormus dibuka sepenuhnya kepada laluan semua kapal komersal.
00:11Abbas Araqci dalam satu hantaran DX berkata perkara itu adalah selaras dengan kejatan sejata di Lubnan.
00:22Beliau menambah kapal-kapal yang melalui selat tersebut akan menggunakan laluan yang telah diselaraskan
00:28seperti diumumkan sebelum ini oleh Pertubuhan Pelabuhan dan Maritim Iran.
00:33Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Iran Sa'id Khatib Zadeh ketika berucap di Forum Diplomasi Antalya pada Jumaat berkata
00:40Iran menolak sebarang kejatan sejata sementara sebaliknya sedang berusaha untuk menamatkan konflik sepenuhnya di seluruh rantau ini.
00:49Memetik Anadolu Agensi Khatib Zadeh berkata sebarang kejatan sejata mesti merangkumi semua medan konflik
00:55dari Lubnan hingga ke Laut Merah sambil menyifatkannya sebagai garis merah bagi Tehrat.
01:01Khatib Zadeh turut berkata Pakistan terlibat dalam usaha pengantaraan yang bertujuan untuk mencapai penjelasan yang lebih menyeluruh.
01:08Pada 27 Mac, Pasukan Pegawal Revolusi Islam IRGC Iran mengumumkan larangan keras terhadap semua aktiviti perkapalan
01:16yang berulang alik dari pelabuhan negara sekutu serta penyokong musuh Israel Amerika melalui mana-mana koridor maritim,
01:24susulan ketegangan yang terus meningkat di rantau teluk.
Comments