00:00Dan lain sekali pihak berkuasa penerbangan awam Malaysia CAAM mencatatkan prestasi tepat masa atau OTP yang stabil dan lebih baik
00:09merentasi perjalanan udara di Malaysia ketika tempoh perjalanan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
00:16Dia sekaligus mencerminkan kerjasama operasi yang lebih berkesan dan perkhidmatan navigasi udara yang dipertingkatkan.
00:25CAAM berkata prestasi kukuh itu menyumbang kepada pengalaman perjalanan lancar di seluruh negara
00:31tanpa sebarang gangguan utama direkodkan selain majoriti penumpang tiba dengan selamat dan tepat pada masanya.
00:39Katanya penilaian itu meliputi tempoh 18 hingga 28 Mac menunjukkan kebanyakan penerbangan berlepas dalam tempoh 15 minit
00:47daripada jadual ditetapkan dengan penambahbaikan ketara direkodkan terutama di terminal 2 lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA.
00:57CAAM berkata langkah proaktif itu menyumbang kepada pengukuhan keadaan operasi membolehkan masa pemulihan yang lebih baik
01:05dan meminimumkan kesesakan terutama ketika tempoh perjalanan puncak.
01:10Walaupun kekerapan penerbangan yang meningkat memberikan cabaran kepada operasi, prestasi OTP keseluruhan kekal berdaya tahan.
01:19Menurut CAAM, analisis faktor kelewatan menunjukkan kebanyakannya disumbangkan oleh keadaan operasi dan luar biasa
01:27yang lazim berlaku semasa musim puncak perjalanan.
01:31Walaupun berdepan semua cabaran ini, usaha yang diselaraskan antara CAAM dan pihak berkepentingan industri
01:39memastikan gangguan dapat diuruskan dengan berkesan.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments