00:00Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya Zulfitri Yusuf. Ini adalah Buletin Awani.
00:04Kadar inflasi Malaysia yang rendah dijangka membantu negara menghadapi kejutan bekalan tenaga semasa
00:11walaupun harga minyak global diunjurkan kekal tinggi untuk tempoh yang lebih lama
00:18berikutan peperangan yang berterusan di Asia Barat.
00:21Itu kata Gubernur Bank Negara Malaysia, Datuk Sri Abdul Rashid Ghafur.
00:26Beliau berkata, Bank Pusat mengunjurkan inflasi keseluruhan pada purata antara 1.5% dan 2.5% pada 2026
00:38dan keadaan semasa mencerminkan kejutan yang dipacu oleh bekalan dengan perkembangan dalam pasaran tenaga global
00:46mula memberi impak kepada pergerakan harga domestik.
00:53Beliau berkata, Sudah tentu apa yang dihadapi pada masa ini merupakan kejutan bekalan
00:58dan untuk melihat bagaimana situasi ini memberi impak kepada harga pada peringkat domestik di Malaysia.
01:05Beliau berkata demikian kepada CNBC dalam temubual yang diadakan di Washington.
01:10Beliau merupakan sebahagian delegasi Malaysia yang diketuai oleh Menteri Keuangan 2, Datuk Sri Amir Amzah Azizan
01:17pada 2026 Pre-Meetings yang berlangsung dari 13 April hingga 18 April
01:23di Ibu Pejabat Tabung Kewangan Antarabangsa IMF dan Kumpulan Bank Dunia di Washington.
01:29Abdul Rashid berkata, harga minyak dijangka kekal tinggi untuk tempoh yang panjang
01:34walaupun perang berakhir dalam berapa minggu akan datang.
01:37Katanya, walaupun harga minyak meningkat, Malaysia masih mempunyai subsidi bahan api
01:42untuk kumpulan tertentu dalam kalangan penduduk di bawah Budi 95.
01:48Langkah itu sedikit sebanyak akan mengurangkan impak perubahan kos global terhadap harga dalam negara.
01:55Beliau berkata, peranan Malaysia sebagai pengangkat sport tenaga bersih
01:58turut membantu mengurangkan kejutan bekalan semasa.
02:01BNM maklumkan bahawa unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 4.0 hingga 5.0%
02:09bagi tahun ini mengambil kira senario asas dan sebahagian daripada risiko penurunan.
Comments