00:00Cadangan supaya Ahli Parlimen Pembangkang memilih sendiri ketua mereka dilihat boleh cetuskan polemik dalam Perikatan Nasional atau PN.
00:10Penganalisis berkata langkah ini berisiko menambah ketegangan dalaman.
00:15Menurut Chi Wiiman dari Universiti Tunku Abdul Rahman, situasi boleh jadi lebih rumit jika Hamzah Zainuddin dipilih semula.
00:24Ini kerana beliau sebelum ini dipecat bersatu dan mempunyai konflik dengan Muhyiddin Yassin.
00:32Cadangan itu datang daripada Badrul Hisham Syaharin yang mahu pemilihan dibuat oleh semua Ahli Parlimen Pembangkang.
00:40Katanya siapa dapat sokongan majoriti layak menjadi ketua pembangkang.
00:45Namun Shahzah Syukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia memberi amaran, ia boleh menampakkan perpecahan secara terbuka.
00:55Tetapi beliau mengakui itu juga sebahagian daripada proses demokrasi.
01:00Dalam masa sama Abdul Hadi Awang berkata pelantikan akan dibuat sebelum Jun manakala Muhyiddin mahu ia dipercepatkan.
01:08Jika tidak diuruskan dengan baik isu ini boleh menjejaskan imej dan kestabilan PN.
01:15Zaharualamia Shahir FMT
Comments