Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese tiba di sini, hari ini, bagi mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia.
Transcript
00:00Perdana Menteri Australia Anthony Albanizzi tiba pada Rabu bagi mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia.
00:07Pesawat khas yang dinaiki Albanizzi dan delegasinya mendarat di Pangkalan Tentera Udara di Raja Malaysia, TUDM, pada jam 5.15
00:14petang.
00:15Beliau disambut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Sri Arthur Joseph Kurob.
00:22Albanizzi kemudian memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota daripada Batalion Pertama Regimen Ranger di Raja
00:31yang diketuai Kapten Muhammad Tabrani Muhammad Syaruddin.
00:34Albanizzi akan diberikan sambutan rasmi di Putrajaya pada Khamis, diikuti pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim
00:42serta pertemuan dua hala yang melibatkan Menteri Kanan dan pegawai dari kedua-dua negara.
00:47Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan mengenai isu konflik di Asia Barat dan kerjasama dalam memastikan keterjaminan tenaga dan rantaian bekalan.
00:57Perbincangan dijangka tertumpu pada usaha untuk mengekalkan aliran bekalan penting yang stabil termasuk bahan api di tengah-tengah cabaran ekonomi
01:05dan geopolitik global yang sentiasa berubah.
01:08Kedua-dua pemimpin juga di jadual menghasilkan pertukaran Memorandum Persefahaman dan mengadakan sidang akhbar bersama untuk mengumumkan hasil perbincangan serta
01:17komitmen memperkukuh hubungan Malaysia-Australia.
01:20Australia berada di kedudukan ke-12 sebagai rakan dagang terbesar negara pada 2025 dengan jumlah perdagangan dua hala bernilai RM78
01:29.63 bilion.
01:31Ringgit.
Comments

Recommended