Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Ketua Setiausaha Negara diarahkan meneliti pelaksanaan dasar bekerja dari rumah, termasuk mekanisme pengesahan kehadiran. Arahan dikeluarkan Perdana Menteri susulan pelaksanaan hari pertama BDR bermula hari ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Syamsul Azri Abu Bakar diarah meneliti pelaksanaan dasar bekerja dari rumah BDR termasuk aspek pengesahan
00:09keberadaan kaki tangan pada setiap masa.
00:12Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fadil berkata arahan itu dikeluarkan Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim susulan pelaksanaan hari pertama dasar
00:19BDR yang bermula hari ini.
00:22Hari ini 15 April dan April juga merupakan hari pertama dasar bekerja dari rumah mula dilaksana bagi sektor perkhidmatan awam
00:32persekutuan di seluruh negara.
00:35Yang amat berhormat Perdana Menteri telah mengarahkan supaya Tan Sri Ketua Setiausaha Negara meneliti pelaksanaan termasuk pengesahan keberadaan para pekerja
00:49pada setiap masa.
00:53Walaubagaimanapun penyampaian perkhidmatan pihak kerajaan kepada rakyat khususnya urusan di kaunter terus beroperasi seperti biasa.
01:02Pihak kerajaan menyarankan sektor swasta turut mempertimbang untuk melaksanakan dasar bekerja dari rumah bagi bahagian-bahagian yang tertentu.
Comments

Recommended