Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Di bawah unjuran asas, inflasi global dijangka meningkat kepada 4.4 peratus pada 2026 sebelum menurun kepada 3.7 peratus pada 2027.
Transcript
00:00Tabung kewangan antarbangsa IMF telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global bagi tahun 2026 kepada 3.1%
00:08manakala unjuran bagi 2027 dikekalkan pada 3.2%.
00:13Menurut laporan World Economic Outlook, WEO, penurunan ini menunjukkan kelembapan berbanding anggaran pertumbuhan 3.4%
00:22yang dicapai pada 2025.
00:26Sebelum tercetusnya konflik di Asia Barat, unjuran asas pertumbuhan global bagi 2026 dan 2027
00:33masing-masing adalah 3.4% dan 3.2%.
00:38IMF menjelaskan unjuran tersebut mengambil kira kesan perang dengan andaian gangguan adalah terhad dari segi tempoh,
00:45intensiti dan skop serta dijangka beransur reda menjelang pertengahan 2026.
00:50Di bawah unjuran asas, inflasi global dijangka meningkat kepada 4.4% pada 2026 sebelum menurun kepada 3.7%
00:59pada 2027.
01:01Namun jika konflik berpanjangan dan lonjakan harga minyak berterusan, pertumbuhan ekonomi dunia pada 2026
01:08boleh merosok kepada 2.5% manakala inflasi global meningkat kepada 5.4%.
01:14Dari segi negara utama, ekonomi AS dijangka berkembang 2.3% pada 2026 dan 2.1% pada 2027
01:23namun aktiviti ekonomi dijangka terus terkesan oleh peningkatan halangan perdagangan sejak April 2025.
01:30Di zon Eropah, pertumbuhan dijangka menurun daripada 1.4% pada 2025 kepada 1.1% pada 2026 sebelum meningkat
01:40sedikit kepada 1.2% pada 2027.
01:45Bagi ekonomi pasaran pesat membangun dan membangun, unjuran 2026 diturunkan sebanyak 0.3 mata peratusan kepada 3.9%
01:54manakala prospek ekonomi negara maju kekal hampir tidak berubah.
01:59IMF menyatakan risiko terhadap pertumbuhan masih cenderung ke arah penurunan dan bergesa hubungan dasar domestik
02:05serta kerjasama antarabangsa yang lebih erat bagi memperkukuh daya tahan ekonomi global.
Comments

Recommended