00:00Untuk makluman semua, dari 29 hari bulan Mac sehingga 15 April setakat 7 pagi tadi, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
00:11Malaysia telah mengenalpasti sebanyak 441 kandungan palsu berkait isu krisis tenaga global yang telah dikenalpasti untuk diturunkan.
00:24Aduan-aduan rasmi telah dibuat kepada pihak MCMC oleh orang awam dan permohonan penurunan kandungan palsu tersebut telah dipanjangkan kepada
00:33platform-platform media sosial.
00:36Daripada jumlah 441 kandungan palsu yang telah dikenalpasti itu, sebanyak 54 kertas siasatan telah dibuka.
00:4612 kertas siasatan telah diserah kepada Jabatan Peguam Negara untuk penelitian dan tindakan lanjut.
00:53Manakala 42 lagi kertas siasatan masih berjalan.
01:00Terbaru, sejak semalam, sebuah grafik telah dikesan di sebar yang menyalahguna format oleh salah satu media iaitu Sina Harian.
01:13Kononnya, pengumuman mengenai Automatic Pricing Mechanism atau APM telah diumumkan.
01:19Untuk makluman semua, harga baharu bagi produk-produk bahan api yang dijual dalam negara Malaysia akan diumum setiap hari Rabu
01:32sekitar jam 6 atau 7 petang.
01:36Sebarang makluman yang dibuat ataupun sebaran yang dikesan sebelum pada hari dan waktu itu yang bukan disebar melalui laman rasmi
01:51Kementerian Keuangan berkemungkinan adalah bersifat palsu.
01:56Terima kasih.
Comments