00:00Petronas mengesahkan bekalan bahan api di seluruh stesennya akan kekal terjamin sehingga akhir Jun, melanjutkan unjuran sebelum ini selama sebulan.
00:10Petronas menerusi anak syarikatnya, Petronas Dagangan Berhad membekal sekitar 50% daripada keperluan bahan api negara, manakala bagi selebihnya dibekalkan
00:21syarikat minyak lain beroperasi di Malaysia.
00:24Petronas berkata pihaknya akan terus menguruskan rantaian bekalannya secara aktif bagi memastikan stok mencukupi di seluruh rangkaian stesennya di sebalik
00:35krisis tenaga global akibat konflik di Timur Tengah.
00:38Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara pengeluar minyak, ia tidak terlepas sepenuhnya daripada kesan peperangan di Iran memandangkan hampir 40%
00:48daripada keperluan minyak mentah negara transit melalui Selat Hormuz.
00:52Semalam Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Nasir berkata,
00:57Kerajaan bersetuju meningkatkan campuran biodiesel daripada B10 kepada B15 dalam usaha memperkukuh penggunaan bahan api alternatif di tengah-tengah krisis
01:08tenaga yang sedang berlaku.
Comments