00:00Rosmah Manson memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak pernah memakai mana-mana daripada 44 barang kemas diberikan kepadanya oleh sebuah
00:10syarikat dari Lubnan sebelum PRU 2018.
00:14Rosmah berkata beliau sibuk berkempen untuk suaminya yang ketika itu Perdana Menteri Najib Razak dan barang kemas tersebut disimpan dalam
00:23peti besi oleh pembantunya.
00:24Beliau merujuk kepada Samir Hasib Halimeh, pengasas Global Royalty Trading SAL.
00:32Global Royalty pada 2023 memfalkan saman untuk mendapatkan semula 43 barang kemas atau bayaran sebanyak 14.6 juta dolar Amerika
00:42sebagai nilai yang didakwa.
00:45Satu barang kemas telah dipulangkan kepada syarikat tersebut oleh pihak polis pada 2022.
00:50Rosmah berkata selepas kekalahan barisan nasional dalam pilihan raya itu, keluarganya diarahkan mengosongkan kediaman rasmi Perdana Menteri dengan segera malah
01:00polis turut melakukan serbuan di unit pavilion residences dan merampas semua barangan tersebut sebelum mendapati banyak daripadanya hilang.
01:09Terdahulu, Samir berkata Rosmah sepatutnya bertanggungjawab terhadap 43 barang yang hilang itu.
01:17Perbicaraan di hadapan Hakim Kui Chiu Sun bersambung esok.
01:21Kedijah Juno, FMT
01:23Terima kasih kerana menonton!
Comments