00:00SPRM sedang menyiasat skandal urus niaga saham yang membabitkan bekas CEO sebuah badan berkanun dan seorang pengurusi syarikat yang dipercayai
00:09bersubahat dalam penjualan saham kepada badan pelaburan.
00:14Siasatan bahagian operasi khas SPRM mendapati wujud element overvaluation yang berpotensi menyebabkan kerugian dana awam melebihi RM300 juta.
00:28SPRM turut menggeledah dua lagi syarikat penilaian nilai saham bagi mengesahkan penilaian sebenar saham terbabit.
00:35Sumber itu turut memaklumkan siasatan mendapati transaksi berkenaan dipercayai dirancang secara sistematik termasuk kemungkinan aliran keluar masuk wang ke akaun
00:45di luar negara.
00:47Setakat ini, seramai 10 saksi telah dirakam percakapan manakala 7 lagi dijangka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
00:56Sementara itu, pengarah kanan Buk SPRM, Datuk Muhammad Zamri Zainul Abidin berkata,
01:02siasatan ini kini tertumpu di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 serta kesalahan pecah amanah jenayah.
01:10Beliau turut memaklumkan siasatan turut merangkumi elemen pengubahan wang haram bagi mengenalpasti rangkaian penuh transaksi yang terlibat dalam kes berkenaan.
Comments