00:00Kebanyakan pekerja di Malaysia melaporkan berasa gembira di tempat kerja, namun golongan Gen Z mengalami tekanan yang jauh lebih tinggi
00:08berbanding generasi lain.
00:10Kajian oleh Jobstreet BASIC yang melibatkan kira-kira seribu pekerja di Malaysia itu mendapati 70% pekerja berasa agak atau
00:19sangat gembira di tempat kerja dengan 68% menganggap pekerjaan mereka memberi kepuasan.
00:27Namun begitu, tekanan dan keletihan melampau kekal menjadi kebimbangan utama khususnya dalam kalangan pekerja muda.
00:35Golongan Gen Z iaitu pekerja berusia 18 hingga 29 tahun melaporkan tahap tekanan lebih tinggi dan kebahagiaan kerja lebih rendah
00:43berbanding millennials 30 hingga 40 tahun dan Gen X 45 hingga 59 tahun.
00:49Mereka sering berdepan tekanan pada peringkat awal kerjaya seperti menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, mempelajari kemahiran serta membuktikan keupayaan sekaligus
01:00meningkatkan risiko keletihan melampau.
01:03Gen Z juga paling cenderung menyatakan pengurangan tekanan akan meningkatkan kebahagiaan mereka iaitu sebanyak 40% berbanding millennials 35%
01:13dan Gen X 27%.
01:15Menurut kajian itu, kebahagiaan kerja Gen Z berkait rapat dengan tanggungjawab harian dan tujuan kerja mereka.
01:22Mereka turut memberi keutamaan kepada kesejahteraan menyeluruh dengan keseimbangan kerja dan kehidupan serta budaya syarikat memainkan peranan penting dalam menetapkan
01:32tahap kebahagiaan mereka.
01:34Secara keseluruhan, hanya 36% pekerja berpuas hati dengan tahap tekanan mereka, manakala 41% melaporkan berasa letih melampau atau
01:44keletihan.
01:46Dalam kalangan pekerja yang tidak bergembira pula, sebanyak 71% menyatakan bahawa keseimbangan kerja dan kehidupan yang lebih baik dapat
01:54meningkatkan kesejahteraan mereka secara ketara.
01:57Walaupun 64% pekerja berpuas hati dengan tujuan dalam pekerjaan mereka, pekerja muda masih dalam proses membina makna tersebut sambil
02:06mengurus beban kerja dan tekanan kewangan.
Comments