00:00Indonesia masih mempunyai ruang fiskal yang mencukupi selepas membuat keputusan untuk mengekalkan harga bahan api bersubsidi tidak berubah sehingga akhir
00:09tahun walaupun harga minyak global meningkat berikutan konflik di Asia Barat.
00:14Ketua Pakai Ekonomi Asia Timur dan Pasifik Bank Dunia Aditya Matu berkata, kedudukan fiskal Indonesia kekal agak kukuh dengan defisit
00:232025 direkodkan di bawah 3% daripada keluaran dalam negara kasar dan hutang kerajaan pada sekitar 40% daripada KDNK.
00:34Aditya berkata, Indonesia menunjukkan kecenderungan ke arah fiskal yang berhemat dan dengan itu mempunyai kapasiti untuk terus memberikan sokongan melalui
00:44subsidi tenaga.
00:46Bagaimanapun, Aditya menegaskan subsidi harus disasarkan dengan lebih baik bagi menjangkau kumpulan berpendapatan rendah serta segmen kelas pertengahan yang terdedah.
00:56Sekongan juga perlu diberikan kepada perniagaan kecil dan sebahagian daripada segmen perusahaan sederhana untuk mengurangkan tekanan ekonomi.
01:04Beliau juga menggesa penambahbaikan dalam mekanisme penyampaian subsidi bagi mengelak beban fiskal jangka panjang yang berlebihan.
01:13Pada 6 April, Menteri Kewangan Purbaya Yudi Sadewa memberi jaminan harga bahan api bersubsidi akan kekal tidak berubah sehingga akhir
01:23tahun
01:23sambil menyatakan kerajaan telah mengira daya tahan belanjawan negara di bawah pelbagai senario harga minyak.
01:30Indonesia juga mempunyai penampan tambahan di luar belanjawan negara termasuk dana lebihan belanjawan SAL kira RM420 triliun
01:40dengan RM200 triliun ditempatkan di bank serta hasil negara bukan cukai daripada sektor tenaga dan sumber mineral.
Comments