00:00Kenaikan harga bahan api berpotensi mencetuskan penstrukturan semula industri penerbangan dengan kemungkinan penggabungan serta penyingkiran syarikat penerbangan yang lemah atau
00:11kurang cekap.
00:13Pengasas Endow Analytics Syukur Yusof menjelaskan syarikat penerbangan yang kurang cekap berkemungkinan tersingkir daripada pasaran.
00:23Manakala tekanan kos yang meningkat dijangka mempercepatkan proses penggabungan syarikat penerbangan ketika mereka bergelut dengan penyusutan margin dan permintaan.
00:33Memetik bernama, Syukur berkata persekitaran semasa meledahkan kelemahan pelbagai mode perniagaan syarikat penerbangan, terutamanya syarikat penerbangan tambang rendah LCC yang
00:43bergantung kepada jumlah penumpang tinggi dan margin yang tipis.
00:47Syarikat penerbangan perkhidmatan penuh premium seperti Singapura Airlines dan KT Pacific lebih bersedia untuk mengharungi cabaran ini.
00:55Disokong kedudukan kewangan yang kukuh selain kelebihan harga dan pengurusan yang cekap.
01:01Syukur berkata beliau melihat implikasi struktur yang lebih mendalam terhadap industri itu merujuk kepada perang di Asia Barat yang menyebabkan
01:08harga minyak mentah melonjak kepada $118 Amerika setung yang seterusnya menyebabkan harga bahan api jet meningkat dengan ketara.
01:17Mengulas mengenai implikasi genjatan senjata oleh Amerika dan Iran, beliau menambah pemulihan untuk industri penerbangan mungkin mengambil masa lebih lama
01:26daripada yang dijangkakan, mendorong harga bahan api kepada sehingga mungkin menjejaskan ekonomi syarikat penerbangan.
01:33Bagi syarikat penerbangan tambang rendah, tekanan ini lebih terasa. Ini kerana, kata beliau, model perniagaan LCC tidak direka untuk menampung
01:41tahap harga bahan api jet yang tinggi.
01:44Penganalisis bebas berpangkalan di Singapura, Brandon Soby pula melihat pengurangan kapasiti sebagai langkah pragmatik dan bersifat jangka pendek.
01:53Beliau berkata pengurangan kapasiti mungkin dilanjutkan jika keadaan berterusan, namun ia tidak semestinya mencerminkan perubahan struktur jangka panjang dalam kekerapan
02:03penerbangan.
02:03Sejak perang meletus pada 28 Februari, 52,000 penerbangan dibatalkan di seluruh dunia, manakala harga minyak mentah telah melonjak sehingga
02:13melebihi US 118 setung.
Comments