Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Cadangan bekerja dari rumah perlu dilaksanakan secara seimbang agar matlamat penjimatan bahan api dan kestabilan bekalan dapat dicapai tanpa menjejaskan aktiviti ekonomi harian, khususnya sektor runcit dan makanan yang bergantung kepada pergerakan pengguna.
Transcript
00:00Cadangan pelaksanaan bekerja dari rumah BDR perlu secara seimbang bagi mengelakkan kesan mendadak kepada perniagaan, khususnya sektor runcit dan makanan
00:12yang bergantung kepada pergerakan pengguna.
00:14Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia, FMBA, Dato' Sri Abdul Malik Abdullah berpandangan, langkah kerajaan untuk memastikan kestabilan bekalan bahan
00:26api adalah wajar.
00:27Namun, pelaksanaannya perlu mengambil kira kesan langsung kepada aktiviti ekonomi harian.
00:36Kalau semua orang duduk di rumah, bagaimana kedai-kedai restoran, kedai mamak, gerai-gerai, farmasi, retail, convenience stores, orang-orang
00:48ini semua akan bekerja.
00:49Because they are dependent on traffic. Bila orang pergi kerja, then dia akan pergi keluar makan, mungkin dia ada lunch
00:55meeting, then dia ada meeting dengan contractor ke, dengan pembekal ke, dia ada discussion ke.
01:01So, there is movement. So, semua orang akan ada income, termasuk the car park operator. Contoh.
01:08Tapi kalau semua orang duduk di rumah, kalau tak ada pergerakan, bisnes itu semakin merudung.
01:13Jadi, the question is, apakah perbandingan cost saving dalam petrol dan diesel berbanding dengan the loss of revenue in the
01:22economy?
01:24Tambahnya, kerajaan perlu sediakan sokongan kewangan bersasar kepada sektor yang terjejas, termasuk stesen minyak,
01:30perusahaan kecil dan sederhana, sektor runcit, serta peniagaan berkaitan logistik.
01:36Cadangan termasuk moratorium pinjaman antara 6 hingga 12 bulan, bagi peniaga yang mencatatkan penurunan pendapatan ketara,
01:44tanpa faedah terkumpul bagi mengelakkan beban kewangan tambahan.
01:49Selain itu, fleksibiliti pembiayaan jangka pendek juga diperlukan bagi membantu peniaga menampung kos operasi dalam tempoh mencabar.
01:57Tegasnya, bantuan perlu disasarkan kepada pihak yang benar-benar terkesan bagi memastikan keberkesanan intervensi dan mengelak ketirisan.
02:07Dalam pada itu, sebarang pelaksanaan dasar baharu memerlukan hala tuju yang jelas untuk tempoh jangka pendek dan panjang
02:14bagi membolehkan perniagaan merancang strategi dengan lebih baik.
02:18Terima kasih kerana menonton!
02:19Terima kasih kerana menonton!
02:20Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended