Skip to playerSkip to main content
Kegiatan kumpulan samun bersenjata yang didalangi seorang pegawai polis tumpas selepas enam individu termasuk individu berkenaan diberkas dalam operasi sekitar ibu negara, Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kumpulan terbabit dipercayai aktif melakukan samun dengan menyamar sebagai polis, sebelum menyasarkan kediaman warga asing di sekitar Kepong.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774871/berita/semasa/kumpulan-samun-bersenjata-didalangi-pegawai-polis-tumpas

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Samun
Transcript
00:00Kegiatan kumpulan samun bersenjata yang didalangi seorang pegawai polis tumpas selepas enam individu diberkas dalam operasi sekitar Ibu Negara ahad
00:07lalu.
00:08Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata kumpulan terbabit dipercayai aktif melakukan samun dengan menyamar sebagai polis sebelum menyasarkan
00:16kediaman warga asing di sekitar Kepung.
00:18Polis penderima tiga laporan berasingan melibatkan kes samun bersenjata dan penyamaran sebagai penjawat awam di daerah Sentul.
00:24Kesemua mangsa terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki warga Cina serta seorang wanita warga Indonesia berusia antara 29 hingga
00:3252 tahun.
00:34Menurut beliau, kejadian berlaku sekitar jam 5.30 pagi hingga 7.30 pagi pada 5 April lalu apabila suspek bertindak
00:40memecah masuk tiga kediaman mangsa di kawasan Kepung.
00:43Dalam kejadian itu, suspek yang berjumlah enam individu dan tidak dikenali telah menyamar sebagai pegawai polis sebelum melakukan samun.
00:50Hasil siasatan lanjut membawa kepada penahanan enam lelaki warga tempatan berusia antara 31 hingga 51 tahun.
00:57Antara yang ditahan termasuk seorang pegawai polis yang telah digantung tugas atas kesalahan dadah dan dipercayai bertindak sebagai koordinator kumpulan.
01:05Selain itu, dua lagi suspek bekerja sebagai pengawal-pengawal pribadi dan dipercayai menyalahgunakan lesen sejata api bagi tujuan jenayah.
01:12Beliau berkata modus operandi kumpulan itu adalah menyasarkan mangsa tertentu yang dikenalpasti memiliki harta bernilai tinggi sebelum melakukan samun.
01:21Jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan mencecah 4.4 juta ringgit.
01:25Menurutnya, polis berjaya merampas semula kesemua kenderaan yang disamun selain merampas dua pucuk pistol, lima kenderaan, wang tunai RM13,056,
01:35pelbagai mata wang asing, lapan telefon bimbit dan dua pas keselamatan.
01:39Kesemua suspek ini direman selama tujuh hari dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati salah seorang daripada mereka positif
01:46dadah jenis amphetamine.
Comments

Recommended