Skip to playerSkip to main content
Seorang pemandu treler yang sebelum ini didapati positif dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Segamat pada Selasa atas tiga pertuduhan membunuh tiga sekeluarga di kilometer 212, Jalan Johor Bahru- Gemas pada Khamis lalu.

Tertuduh, Muhammad Syafiq Salleh, 28 tahun, yang tidak diwakili peguam mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dihadapan Majistret Amalina Johar.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774602/berita/semasa/pemandu-treler-positif-dadah-didakwa-bunuh-tiga-sekeluarga

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #positifdadah
Transcript
00:00Seorang pemandu trailer yang sebelum ini didapati positif dadah dihadapkan ke Mahkamah Magistrat Segamat pada Selasa
00:06atas tiga pertuduhan membunuh tiga sekeluarga di kilometer 212 Jalan Johor Baru Gemas pada Khamis lalu.
00:15Tertuduh Muhammad Syafiq Saleh, 28 tahun yang tidak diwakili peguam, menganggup faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Magistrat Amalina
00:25Johar.
00:25Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:33Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa membunuh S. Palamiandi, 77 tahun, K. Mykrishnayan, 72 tahun dan S. Sevendai,
00:4462 tahun.
00:45Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun
00:55serta sebatan tidak lebih 12 kali sekiranya tidak dihukum gantung.
01:00Terdahulu pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah memohon satu tarikh baru memandangkan belum menerima laporan bedah siasat, laporan perubatan, laporan puspakom, laporan
01:10forensik dan laporan patologi.
01:12Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh dengan kes disebut semula pada 21 Mei
01:21ini.
Comments

Recommended