Skip to playerSkip to main content
Penganjuran Mara Lasak Pahang 2.0 di Felda Chini, Pekan, Pahang pada Ahad bukan sekadar acara larian, sebaliknya menjadi medan menguji ketahanan fizikal, mental serta semangat setiakawan dalam kalangan peserta, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.

Acara anjuran Majlis Rekreasi Pahang itu menghimpunkan kira-kira 1,050 peserta daripada 105 pasukan dari seluruh negeri, sekali gus menjadikannya antara program rekreasi lasak yang mendapat sambutan luar biasa.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/774332/edisi/pahang/mara-lasak-20-ujian-sebenar-jati-diri-setiakawan---fadzli

Muzik: Creativeminds dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Sukan #MaraLasak #NGO #Pekan #Pahang
Transcript
00:00Penganjuran Mara Lasak Pahang 2.0 di Felda Cini, Pekan Pahang pada Ahad
00:05bukan sekadar acara larian, sebaliknya menjadi medan menguji ketahanan fizikal,
00:11mental serta semangat setia kawan dalam kalangan peserta.
00:15Acara anjuran Majlis Rekreasi Pahang itu menghimpunkan kira-kira 1,050 peserta
00:20daripada 105 pasukan dari seluruh negeri,
00:24sekaligus menjadikannya antara program rekreasi lasak yang mendapat sambutan luar biasa.
00:29Exko Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang,
00:35Fazli Muhammad Kamal berkata, keunikan acara itu terletak pada syarat yang mewajibkan
00:41setiap pasukan bermula dan menamatkan cabaran secara bersama.
00:4615km ini ada 3-4 bukit yang memang pacak dan cerun yang cukup curam.
00:55lalu pula kawasan berpayur, tadi tengok ada kasut yang rosak dan sebagainya,
01:02denai-denai hutan.
01:04Jadi, tapi rata-rata cakap memang pengalaman dalam hidup dia orang.
01:10Tak pernah join Mara Lasak dan keunikan Mara Lasak Pahang ini adalah
01:18kena mula dan habis secara berpepaskan.
01:21Pengulas lanjut, Fazli berkata,
01:23penganjuran Mara Lasak yang bermula tahun lalu di Uludong Raup
01:27kini diteruskan di Cini dan dijangka diperluaskan ke beberapa daerah lain di Pahang
01:33pada masa akan datang.
01:34Menurutnya, peningkatan penyertaan hampir dua kali ganda berbanding edisi pertama
01:39menunjukkan program itu semakin mendapat perhatian masyarakat.
01:43Dalam pada itu, beliau berkata,
01:45pihaknya bercadang untuk memperluaskan lagi jenama Mara Lasak
01:49sebagai acara rekreasi Lasak ikonik negeri ini.
01:53Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang,
01:56Tengku Hassanal Ibrahim Alam Syahab Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Comments

Recommended