00:0013 Ahli Parlimen Parti Peribumi Bersatu Malaysia pada Rabu menggesa parti itu supaya segera keluar atau dikeluarkan daripada gabungan Perikatan
00:11Nasional.
00:12Menerusi satu kenyataan bersama, mereka berkata, tindakan PAS memutuskan hubungan dengan bersatu bukan sesuatu yang mengejutkan.
00:20Ini memandangkan sikap kepimpinan tertinggi parti itu yang didakwa angkuh dan gagal menghormati semangat kerjasama dalam PN.
00:31Menurut 13 Ahli Parlimen Perkenaan, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Sri Muhammad Azmin Ali serta
00:40beberapa pemimpin utama parti didakwa sering mengabaikan pandangan dan teguran yang dikemukakan demi memastikan hubungan antara parti komponen PN terus
00:49kukuh.
00:50Mereka juga kecewa dengan sikap bersatu yang kerap kali didakwa melanggar semangat kebersamaan dalam PN.
00:56Mereka mendakwa pelbagai teguran telah disampaikan secara dalaman kepada Muhyiddin berhubung hala tujuh parti serta kepentingan memelihara hubungan dalam PN
01:05namun tidak diberi perhatian sewajarnya.
01:08Malah lembaga disiplin parti didakwa telah disalahgunakan untuk mengekang mana-mana pihak yang cuba menyuarakan pandangan berbeza atau kritikan terhadap
01:16kepimpinan parti.
01:17Kata mereka, kedudukan bersatu dalam PN kini semakin lemah termasuk dari segi jumlah ahli parlimen yang masih bersama parti berkenaan.
01:25Mereka menuntut agar semua lantikan politik dan jawatan EXCO yang dipegang wakil bersatu di negeri-negeri berkaitan disemak semula serta
01:32dirombak bagi memastikan kestabilan dan kelangsungan pentadbiran.
01:37Kenyataan bersama itu ditandatangani ahli-ahli parlimen berkenaan.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments