Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Iran mendakwa menembak jatuh dron MQ-9 Reaper milik Amerika Syarikat berhampiran Selat Hormuz ketika ketegangan ketenteraan terus memuncak.
Transcript
00:00Pasukan Pertahanan Udara Korp Pegawal Revolusi Islam Iran IRGC mendakwa berjaya menembak jatuh sebuah drone pengawasan milik AS jenis MQ
00:11-9 Ripper dalam satu insiden di selatan negara itu pada awal pagi Rabu.
00:16Agensi Berita Iran Tasnim News melaporkan drone itu dikesan menghampiri zon konfrontasi udara berhampiran Selat Hormuz dari arah utara Teluk
00:26Parsi sebelum dipintas dan dimusnahkan oleh Sistem Pertahanan Udara IRGC di daerah jam wilayah Bursa.
00:37Menurut pihak berkuasa Iran, pesawat tanpa pemandu itu dipercayai cuba menghampiri kawasan operasi ketenteraan yang sedang berlangsung ketika konfrontasi udara
00:46di sekitar Selat Hormuz.
00:48Susulan itu, unit pertahanan udara IRGC mengesan pergerakan drone berkenaan sebelum melancarkan tindakan pemintasan di ruang udara daerah jam yang
00:57terletak di pesisir selatan Iran.
00:59Rakaman yang disiarkan media Iran menunjukkan detik pesawat itu ditembak jatuh namun setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak
01:07Amerika Syarikat berhubung dawaan tersebut.
01:11Sejak konflik tercetus pada 28 Februari lalu, sekurang-kurangnya 42 aset udara Amerika Syarikat termasuk pesawat pejuang, pesawat sokongan, helikopter
01:20dan drone dilaporkan musnah atau mengalami kerosakan dalam siri serangan dan pertempuran di rantau Asia Barat.
Comments

Recommended