00:00Presiden AS Donald Trump mendakwa Iran mengambil masa terlalu lama untuk melaksanakan rundingan yang dijangka akan menguntungkan Republik Islam itu.
00:10Trump melalui hantaran di akaun Truth Social pada Rabu turut menegaskan negara itu kini terpaksa menanggung akibatnya.
00:19Namun dalam hantaran tersebut, Trump tidak menyatakan tindakan selanjutnya yang akan digerakkan oleh pihak tentera Amerika.
00:25Pada masa sama, Trump juga mendakwa infrastruktur ketenteraan Iran melibatkan laut dan udara telah dimusnahkan sepenuhnya oleh pihak tentera Amerika.
00:36Hantaran tersebut turut memaparkan kritikan Trump terhadap Iran yang disifatkannya sebagai pembuli di rantau Asia Barat.
00:43Terdahulu Menteri Luar Iran, Syed Abbas Araqchi menerusi hantaran DX menegaskan walaupun Amerika mengalami kekalahan di medan tempur, namun mereka
00:52tetap mahu menguji keteguhan pendirian Republik Islam.
00:55Ujah Araqchi, Angkatan Bersenjata Iran tidak akan membiarkan sebarang serangan atau ancaman tanpa balasan.
01:02Beliau mengingatkan Amerika untuk meninggalkan rantau Asia Barat jika inginkan jaminan keselamatan sambil menyatakan Teluk Parsi telah menaksikan nasib buruk
01:12yang menimpa pihak luar yang mencampuri urusan rantau tersebut.
01:16Terima kasih telah menonton!
Comments