Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Perkembangan hasil perbincangan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara oleh Farhan Hakimi.
Transcript
00:00Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi MKT UMNO berlangsung di Menara Datuan, Pusat Dagangan Dunia WTC di Ibu Negara malam tadi.
00:08Untuk perincian hasil perbincangan mesyuarat itu, kita bersama rakan setugas Farhan Hakimi di lokasi.
00:15Farhan, apa perkembangan yang boleh dikongsikan setakat ini?
00:20Baik, terima kasih rakan setugas di studio dan baru sahaja beberapa minit yang lalu selesai
00:26satu sidang media yang diadakan oleh setiusaha agung UMNO, Datuk Dr. Ashraf Wajdi Musuki
00:32selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi MKT UMNO yang diadakan di Menara Datuan, Pusat Dagangan Dunia WTC di Ibu Negara.
00:41Dan antara intipati mesyuarat yang dinyatakan beliau adalah UMNO akan terus menyokong ataupun mendukung kerajaan perpaduan
00:49yang dibentuk selepas pilihan raya umum ke-15 sehingga pilihan raya akan datang.
00:54Kita dengarkan apa yang beliau katakan.
00:57UMNO akan terus mendukung kerajaan perpaduan Malaysia yang terbentuk selepas pilihan raya umum ke-15
01:06atas titah kebawah duli yang maha mulia Seri Paduka Baginda dan Pertanagong ke-16 sehingga pilihan raya.
01:15Ini merupakan pendirian daripada awal dan kita konsisten sehingga hari ini.
01:19Baik, perkembangan lain yang dinyatakan beliau adalah perjanjian kerajaan perpaduan persekutuan tidak mengikat Johor
01:27yang mana UMNO menegaskan perjanjian pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan tidak mengikat negeri itu
01:34ataupun kerajaan negeri itu kerana kerajaan negeri telah pun dibentuk lebih awal.
01:39Kata Datuk Dr. Ashraf, kerajaan negeri Johor terbentuk sebelum pembentukan kerajaan perpaduan
01:44dan tidak melibatkan parti-parti daripada Pakatan Harapan justru.
01:49Perjanjian pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan hakikatnya
01:54tidak mengikat mana-mana kerajaan negeri termasuklah kerajaan negeri Johor.
01:59Tambah Datuk Dr. Ashraf, UMNO berhak menentukan pendirian dan hala kerju parti menjelang mana-mana pilihan raya
02:04termasuk pilihan raya negeri PRN Johor dan juga di negeri sembilan.
02:09Katanya keputusan UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan mandat negeri
02:13tidak boleh dianggap sebagai pengkhianatan kepada kerajaan persekutuan
02:17seperti yang didakwa segelintir pihak.
02:20Kita dengarkan apa yang beliau katakan.
02:24Keputusan UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan mandat negeri
02:29bukan pengkhianatan kepada kerajaan persekutuan
02:32sebagaimana tuduhan segelintir pihak
02:35sebaliknya ia adalah amalan demokrasi yang sah, matang dan berperlembagaan
02:42untuk menyerahkan sepenuhnya mandat kepada rakyat.
02:48Baik, perkembangan lain yang saya boleh bawakan adalah
02:52UMNO juga terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak
02:55demi memastikan kestabilan politik negara serta kesejahteraan rakyat
03:00kata Datuk Dr. Ashraf, pendirian itu dikutuskan dalam mesyuarat
03:04yang berlangsung sebentar tadi yang mana menurut beliau
03:06sebarang bentuk kerjasama politik yang ingin diwujudkan
03:09perlu berlandaskan prinsip keikhlasan dan juga kepercayaan.
03:14Dan kalau saya boleh imbau kembali, antara yang hadir
03:17dalam mesyuarat sebentar tadi adalah
03:19Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Muhammad Khalid Nordin,
03:22Ahli Majlis Kerja Tertinggi MKT UMNO seperti
03:24Datuk Muhammad Alamin, Tan Sri Syahrizat Abdul Jalil,
03:28Datuk Seri Dr. Syamsul Anwar Nasarah,
03:31Datuk Seri Ahmad Maslan dan juga Ketua Pemuda UMNO,
03:33Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh.
03:35Dan tentunya, perkembangan ini menambah warna
03:38saya kira dalam landscape politik negara
03:40setelah kalau kita imbau kembali
03:42beberapa isu dibangkitkan
03:45beberapa minggu kebelakangan ini.
03:47Dan saya kira itu segala rangkuman dan perincian lanjut
03:49mungkin saya akan bawakan ataupun kami akan bawakan
03:52dari semasa ke semasa di semua platform
03:54istro awal ini.
03:56Kita kembali ke rakan setugas.
Comments

Recommended