00:00Membenarkan pengeluar kenderaan elektrik atau EV menentukan harga sendiri
00:05boleh membawa risiko kepada ekosistem otomotif negara
00:09menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia atau FMM.
00:14Menurutnya langkah itu berisiko menyebabkan pemain asing menawarkan harga EV lebih kompetitif
00:20menguasai bahagian pasaran yang lebih besar
00:24untuk membina keseluruhan ekosistem bagi memenuhi keperluannya.
00:30Presiden FMM Jacob Lee berkata kadang itu boleh menekan pemain dalam ekosistem tempatan
00:37yang telah lama wujud seperti pembekal, vendor dan perusahaan kecil dan sederhana atau PKS.
00:45Sumber industri yang enggan dikenali berkata risiko itu bukanlah sesuatu yang boleh diketepikan
00:51dan pekerja dalam rantaian bekalan otomotif tempatan mungkin menjadi golongan pertama terkesan
00:57sekiranya Malaysia hanya menjadi pusat pemasangan.
01:01Sebaliknya pengeluar kereta tempatan walaupun bekerjasama dengan rakan asing
01:05berasaskan ekosistem tempatan lebih kukuh
01:08boleh menyokong ratusan vendor tempatan serta menyumbang kepada peluang pekerjaan,
01:14pembangunan PKS dan keupayaan industri secara keseluruhan.
01:19MITI pada selasa lalu mempertahankan syarat dikenakan terhadap laburan asing baharu dalam sektor EV Malaysia
01:26dengan menyatakan ia bertujuan menyokong pembangunan industri jangka panjang
01:31bukan menyekat kemasukan pemain asing.
01:34Zahru Alam Yayah Syahir, FMT
Comments