Muhammad Fathi Yusof kata Sosma mekanisme bagi menghadapi beberapa 'kelompongan undang-undang' terutama dalam menangani kes jenayah bersifat berbahaya tetapi sukar dibuktikan.
00:00Pakar Keselamatan dan Undang-Undang tidak bersetuju dengan cadangan supaya Akta Kesalahan Keselamatan atau SOSMA digantung seterusnya dimansuhkan kerana bimbang akan risiko pada keselamatan negara.
00:13Muhammad Fatih Yusof, seorang pakar perlembagaan di Universiti Teknologi Malaysia, menjelaskan SOSMA merupakan mekanisme bagi menghadapi beberapa kelompongan undang-undang,
00:23terutama dalam menangani kes jenayah bersifat berbahaya tetapi sukar dibuktikan.
00:30Parti Perpandangan Keselamatan merupakan satu isu penting dalam konteks Malaysia sebagai negara berbilang bangsa dan agama dan undang-undang seperti SOSMA penting untuk mengekang perkara melampaui batas.
00:42Sementara itu, Mizan Aslam dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkata SOSMA telah melalui proses penambahbaikan yang jauh lebih baik berbanding Akta Keselamatan dalam Negeri yang telah dimansuhkan.
00:54Ahli Parlimen Jelutong, RSN Raya dalam satu sidang media 7 Disember lalu menggesa kerajaan menggantung undang-undang itu sehingga ia dipindah bagi mengelakkan salah guna.
Be the first to comment