00:00Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah sudah mempunyai plan menyelesaikan masalah kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan raya.
00:09Bukan sekadar janji manis seperti parti tertentu sempena kempen PRN.
00:14Timbalan Ketua Menteri Syahalmi Yahya berkata mana-mana parti berhak menawarkan janji menyelesaikan isu berkenaan,
00:21namun menegaskan hanya plan jangka panjang dapat memberikan hasil.
00:26GRS sudah sediakan plan lengkap, kini hanya perlu dilaksanakan mengikut jadual, kata Syahalmi yang juga Menteri Kerja Raya Sabah.
00:35Minggu lalu Presiden Warisan Syafiq Abdal menjelaskan masalah air, elektrik dan jalan raya tidak dapat diselesaikan
00:42dalam pentadbirannya dari Mei 2018 hingga September 2020 kerana kesuntukan masa selain kekangan akibat pandemik COVID-19.
00:52Bagaimanapun Syahalmi berkata kegagalan tersebut juga berpunca daripada keputusan kerajaan ketika itu
01:00menghentikan kerja penyelenggaraan loji atas alasan penjimatan.
01:05Syahalmi berharap perancangan digariskan GRS dapat diteruskan dengan mandat rakyat pada PRN akan datang
01:13disokong peruntukan lebih besar termasuk menerusi agihan 40% hasil diperjuangkan Sabah di bawah perjanjian Malaysia 1963.
Comments