Skip to playerSkip to main content
Pasangan buat aksi tidak senonoh di tanah perkuburan dipenjara 12 bulan

Seorang pengawal keselamatan dan penganggur dikenakan hukuman penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan aksi tidak senonoh di sebuah tanah perkuburan George Town pada minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.

Halila Abu Bakar, 37, dan M Jegathesan, 58, telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772953/berita/semasa/pasangan-buat-aksi-tidak-senonoh-di-tanah-perkuburan-dipenjara-12-bulan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #berkelakuantidaksenonohditanahperkuburan #GeorgeTown
Transcript
00:00Seorang pengawal keselamatan dan pengganggur dikenakan hukuman penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan aksi tidak senonoh di
00:10sebuah tanah perkuburan Georgetown pada minggu lalu.
00:13Halila Abu Bakar, 37 tahun dan M. Jegatesan, 58 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Nadratun Naim Mohamad Saidi di
00:23Mahkamah Magistrat 3 pada Kamis.
00:25Mengikut pertuduhan, mereka telah melakukan perbuatan kelucahan melampau di kawasan tanah perkuburan Cina yang merupakan satu tempat awam.
00:34Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di kawasan tanah perkuburan Cina Batu Gantung, Air Hitam pada jam 8.30 pagi
00:4322 Mac lalu.
00:45Oleh itu, mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum
00:56di bawah Seksyen sama.
00:58Nadratun menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan daripada tarikh ditangkap terhadap setiap tertuduh.
01:04Sebelum ini, polis menahan pasangan warga tempatan berkenaan selepas video kejadian tersebut tular di media sosial.
01:16Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended