• 3 minutes ago
Jepun mempergiat usaha memanfaatkan kepakaran industri automotif bagi memperkukuh sektor pertahanan susulan peningkatan ancaman keselamatan serantau dan persaingan pengeluar China.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jepun berusaha memanfaatkan kepakaran industri otomotif bagi memperkukuh sektor pertahanan negara, susulan peningkatan ancaman keselamatan serantau dan persaingan sengit daripada
00:10China.
00:11Langkah itu menyaksikan syarikat pembekal komponen otomotif mula meneroka teknologi ketenteraan, termasuk pembangunan drone.
00:21Antaranya, pengeluar Jepun Aster yang sebelum ini membekalkan komponen kepada Toyota, kini menghasilkan motor elektrik untuk drone keluaran syarikat teknologi
00:30ketenteraan Amerika Syarikat, Enduril.
00:33Sektor pertahanan yang diceburi sejak 2025 itu kini menyumbang kira-kira 10% daripada hasil syarikat perkenaan.
00:40Usaha itu sebahagian daripada strategi Kerajaan Perdana Menteri, Sanae Takeichi, untuk memperkukuh industri pertahanan domestik melalui kepakaran dan rangkaian pembekal
00:52otomotif sedia ada.
00:53Langkah berkenaan turut disokong agensi pemerolehan, teknologi dan logistik yang menghubungkan pembekal tempatan dengan syarikat pertahanan serta menyediakan peluang pembiayaan.
01:04Jepun turut merancang menggariskan strategi keselamatan baru menjelang akhir tahun ini bagi memperkukuh industri persenjataan ketika negara itu berdepan ancaman
01:15China, Rusia dan Korea Utara.
01:17Pada masa sama, perkembangan itu membuka peluang baru kepada industri otomotif Jepun yang mencatatkan penurunan pengeluaran hampir 900,000 kenderaan
01:26pada 2025 berbanding sedekat lalu.

Recommended