• 4 minutes ago
Beberapa negara Afrika Barat memperluas kemudahan penapisan emas bagi meningkatkan hasil industri perlombongan, namun lebihan kapasiti dan kekurangan akses pasaran antarabangsa menimbulkan kebimbangan terhadap daya maju pelaburan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Beberapa negara Afrika Barat mempergiat usaha membangunkan kemudahan penapisan emas tempatan bagi meningkatkan hasil industri perlombongan dan mengurangkan keberkantungan kepada
00:11pusat perdagangan seperti Dubai.
00:13Bagaimanapun, langkah itu mencetuskan kebimbangan terhadap lebihan kapasiti. Apabila kemudahan penapisan yang dirancang sejak 2024, mampu memproses lebih seribu tan
00:25emas setahun, hampir dua kali ganda pengeluaran rantau itu yang dianggarkan 585 tan.
00:31Ghana, Guinea, Mali dan Burkina Faso antara negara yang melaksana atau mengumumkan projek berkenaan. Penggiat industri memberi amaran kekurangan bekalan
00:41emas, majin keuntungan rendah serta akses terhad kepada pasaran antarabangsa boleh menjelaskan daya maju kilang penapisan berkenaan.
00:49Sedang itu, sebahagian kemudahan baru berdepan cawaran mendapatkan pensijilan Persatuan Pasaran Jongkong London yang penting untuk mengakses rangkaian perdagangan emas
01:01global.
01:02Bagaimanapun, kerajaan negara terbabit melihat penapisan tempatan sebagai langkah strategik untuk meningkatkan kawalan terhadap bekalan emas, memperkukuh Rizab Bank Pusat
01:11serta memastikan aktiviti perlombongan lebih telus.

Recommended