00:00Suruhan jaya Eropah mencadangkan sekatan pusingan ke-22 terhadap Rusia merangkumi sektor keuangan, tenaga dan sukat.
00:08Presidenya Ursula von der Leyen berkata, cadangan itu termasuk mengeluarkan kira-kira 60 bank Rusia daripada sistem pemisahan keuangan SWIFT
00:19selain memperketat sekatan terhadap platform mata wang kripto dan juga rangkaian pembayaran.
00:26Dalam sektor tenaga, cadangan itu melarang syarikat Eropah daripada membantu Rusia membina, mengendalikan atau membaik pulih infrastruktur tenaga khususnya kilang
00:37penapisan minyak.
00:38Larangan itu tidak diperluaskan kepada perkhidmatan elektrik buat pertama kali.
00:43Suruhan jaya Eropah juga mencadangkan lebih 70 kapal ditambah ke dalam senarai sekatan khususnya kapal yang dikaitkan dengan operasi armada
00:52bayangan Rusia atau Shadow Fleet.
00:55Selain itu, semua kapal tangki yang diinsuranskan di Rusia turut dicadangkan untuk dikenakan larangan.
01:01Dalam sektor sukan dan kebudayaan, cadangan berkenaan turut melarang peparan simbol rasmi Rusia termasuk bendera negara itu pada acara sukan
01:10di Kesatuan Eropah.
01:11Ia juga menghadkan pembiayaan daripada penaja Rusia kepada persatuan sukan dan kebudayaan yang berpengkalan di Eropah selain menghadkan jawatan yang
01:21boleh disandang warga Rusia dalam badan pentadbir Persekutuan Sukan Eropah.
01:26Bagaimanapun, cadangan sekatan itu masih memerlukan persetujuan sebulat suara daripada kesemua 27 negara anggota Kesatuan Eropah sebelum dapat dilaksanakan.
01:37Dalam rundingan terdahulu, beberapa negara anggota pernah membangkitkan bantahan terhadap langkah tertentu, susulan kepentingan ekonomi dan pertimbangan keselamatan masing-masing.
01:48Terima kasih telah menonton!