Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya terus menerima tamparan hebat apabila ranking dunia pasukan itu terus menjunam susulan tindakan tegas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Transcript
00:00Skuad bola sepak kebangsaan terus menerima tamparan hebat apabila ranking dunia Harimau Malaya menjunam susulan tindakan tegas Persekutuan Bola Sepak
00:08Antara Bangsa FIFA dan Konfederasi Bola Sepak Asia AFC.
00:12Menurut kemas kini terbaru FIFA, Malaysia jatuh 14 anak tangga. Sekaligus menyaksikan, skuad negara kini menghuni kedudukan 135 dunia.
00:25Kejatuhan drastik ini rentetan hukuman berat FIFA berhubung skandal pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan yang tidak sah.
00:33FIFA sebelum ini membatalkan keputusan tiga pelawanan persahabatan menentang Cap Verde, Singapura dan Palestine dengan memberikan kemenangan percuma 0-3
00:41kepada pasukan lawan.
00:42Tindakan itu menjawabkan Harimau Malaya sebelum ini terkeluar daripada kelompok 120 terbaik di dunia, jatuh dari tangga ke-116 ke
00:51kedudukan ke-121.
00:53Bagaimanapun, situasi menjadi semakin parah apabila AFC turut mengambil tindakan serupa terhadap dua pelawanan kelayakan Piala Asia ketika menentang Vietnam
01:01dan Nepal yang turut menggunakan khidmat pemain terbabit.
01:04Keputusan AFC yang menisytiharkan Malaysia kalah 0-3 dalam pelawanan tersebut bukan sahaja merentak mata ranking negara malah menesahkan kegagalan
01:12Harimau Malaya untuk melayakkan diri kesaingan Piala Asia 2027.
01:17Secara keseluruhannya, Harimau Malaya telah kehilangan 19 anak tangga dalam carta ranking FIFA gara-gara penggunaan pemain warisan tidak sah.
Comments

Recommended