00:00Usaha mengumpul dan menjual barangan kitar semula sejak lima tahun lalu memberi makna besar buat seorang warga emas apabila simpanan
00:08daripada aktiviti itu membolehkannya menjalani pembedahan katarak awal tahun ini.
00:14Jaafar Idrus, 74 tahun berkata, penglihatannya mula kabur sejak tahun lalu dan dia perlu menjalani pemeriksaan susulan setiap tiga bulan
00:23di Hospital Universiti Putra Malaysia UPM.
00:27Ujarnya, dia selamat menjalani pembedahan tersebut pada 9 Mac lalu dan membayar kos kanta menggunakan wang yang diperoleh menerusi program
00:36ganjaran Kita Recycle, SWM Environment.
00:40Jelasnya, menerusi program itu, dia menukar sisa pepejal seperti plastik dan kertas kepada mata ganjaran yang boleh ditebus menjadi wang
00:48tunai.
00:50Dengan duit simpanan yang ada dalam tabung kita semula itu, kira-kira mencukupi nak tanggung kos itulah.
01:06Sebab, maklumlah duit ini kalau banyaklah kita pun cepat habis.
01:10Tapi, bahawa SWM, kita buat sampah-sampah ini, duit dia dalam tabung tu lah.
01:23Maksudnya, kita tak dapat kes. Bila kita perlu, kita boleh draw lah.
01:28Kita tak luk kepada tarikh lupus dia, tak lupuslah duit tu.
01:34So, kita pakai duit tu, dapatlah menampung kos beli kanta tu.
01:41Tambahnya, sejak itu dia tertarik untuk menjadikannya sebagai amalan dalam kehidupan seharian dan sepakat bersama penduduk menjadikan sebuah rumah kosong
01:51sebagai pusat sehenti bagi menjalankan aktiviti berkenaan.
01:55Jafar memaklumkan kesemua barangan tersebut kemudiannya akan diasingkan mengikut kategori.
Comments