Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mendakwa Parti Demokrat sebagai ancaman politik terbesar ketika negara masih berdepan kebuntuan isu pembiayaan kerajaan persekutuan. Trump turut mengumumkan bahawa anggota ICE akan digerakkan ke lapangan terbang bagi membantu TSA yang kini beroperasi tanpa bayaran akibat penutupan sebahagian kerajaan sejak Februari. Krisis pembiayaan melibatkan TSA, ICE dan agensi keselamatan lain terus berlarutan selepas Demokrat dan Republikan gagal mencapai kata sepakat.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dari Republikan mendakwa parti Demokrat merupakan ancaman politik terbesar kepada negara Uncle Sam itu.
00:10Kenyataan itu disampaikan dalam satu hantaran di akaun True Social miliknya ketika mana Amerika Syarikat masih berdepan kebuntuan politik berhubung
00:19isu pembiayaan kerajaan persekutuan.
00:23Selain itu, dalam satu lagi hantaran, Trump turut memaklumkan bahawa anggota penguatkuasaan, imigresen dan kustom ICE akan digerakkan ke lapangan
00:30terbang di seluruh negara bagi membantu petugas pentadbiran keselamatan pengangkutan TSA pada ISNIT.
00:36Sementara itu, Trump turut memuji komitmen pekerja TSA yang terus bertugas walaupun berdepan halangan susulan kemulut pembiayaan.
00:42Pengumuman menyusun sehari selepas Trump pertama kali mengancam untuk menghantar pasukan ICE ke lapangan terbang sekiranya parti Demokrat enggan bersetuju
00:49menamatkan perutupan sebahagian operasi kerajaan.
00:51TSA kini beroperasi tanpa bayaran sejak penutupan sebahagian kerajaan bermula pada Februari lalu selepas Republikan dan Demokrat gaga mencapai kata
00:59sepakat mengenai peruntukan baharu.
01:01Pada masa sama, pembiayaan kepada agensi ICE terus menjadi isu utama bila parti Demokrat menolak permintaan penambahan dana susulan beberapa
01:09operasi imigresen kontroversi yang dikaitkan dengan kematian dan bantahan awam di beberapa bandar utama.
01:14Mereka hanya bersedia meluluskan dana tambahan sekiranya pembaharuan besar dilakukan takda operasi agensi tersebut.
01:20Walaupun perlu berkhidmat tanpa sebarang bayaran sepanjang tempoh penutupan kerajaan, pekerja TSA masih diwajibkan bertugas kerana klasifikasi mereka sebagai kakitangan
01:29kritikal.
01:30Dalam hari itu, Senator Parti Demokrat cuba meluluskan rauh undang-undang kecil bagi membiayai beberapa agensi di bawah Jabatan Keselamatan
01:36Dalam Negeri seperti TSA dan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan.
01:40Namun, usaha tersebut ditolak oleh Senator Republikan.
Comments

Recommended