00:00Majlis Bandaraya Seberang Perai MBSP mengambil tindakan tegas dengan menarik permit perniagaan terhadap sebuah gerai bunga api yang terlibat dalam
00:10kejadian letupan dan kebakaran di Taman Pekaka pada Ahad.
00:13Menurut Datuk Bandar MBSP, Datuk Badrul Amin Abdul Hamid, keputusan menarik balik permit tersebut adalah bagi memastikan insiden sebegini tidak
00:22akan berulang lagi.
00:25Jelasnya MBSP juga bakal mempertingkatkan pemantauan terhadap semua gerai bunga api yang beroperasi di kawasan tersebut dan memperkenalkan syarat keselamatan
00:34yang lebih ketat bagi mengelakkan perkara sama daripada terjadi di masa depan.
00:39Tegas Badrul, keselamatan awam sepatutnya menjadi keutamaan dan langkah penguangkuasaan daripada pihaknya akan dipertingkatkan.
00:47Tambah beliau, meskipun tiada kemalangan jiwa serta kecederaan dilaporkan, namun kejadian tersebut telah mengakibatkan sebuah motosikal alami kerusakan hampir 90%.
00:59Selain itu, api yang marak ketika kejadian turut menjejaskan tiga unit pendingin hawa di luar sebuah rumah berhampiran.
01:08Sementara itu, MBSP mengumumkan bahawa syarat permohonan permit akan diperketat termasuk kewajiban menyediakan alat pemadam api, memiliki pelindungan insuransah serta
01:20mematuhi garis panduan keselamatan tambahan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Comments