Skip to playerSkip to main content
  • 33 minutes ago
Tentera Israel melancarkan siri serbuan besar-besaran di Tebing Barat yang diduduki, menahan 15 penduduk Palestin termasuk 12 pekerja yang ditahan berhampiran kawasan perindustrian Atarot di utara Baitulmaqdis. Serbuan turut melibatkan kampung di timur Ramallah serta kawasan sekitar Bethlehem, dengan beberapa rumah penduduk diambil alih sebagai pos tentera.
Transcript
00:00Dan tentera Israel pada ahad melancarkan siri serbuan besar-besaran di tebing barat yang diduduki dengan menahan seramai 15 penduduk
00:07Palestine.
00:08Menurut pentadbiran Gubernur Baitul Maktis, sebanyak 12 pekerja Palestine ditahan ketika mereka cuba memasuki Baitul Maktis berhampiran zon perindustrian Atarot
00:17di bahagian utara bandar itu.
00:21Selain itu, laporan agensi berita rasmi Palestine, WAFA, menyatakan pasukan Israel dipercayai memasang perangkap sebelum menahan kesemua pekerja berkenaan dan
00:30sehingga kini keadaan serta lokasi mereka masih belum diketahui.
00:34Sementara itu di kawasan tengah tebing barat, pasukan Israel dilaporkan menyerbu beberapa kampung di Timur Ramallah sambil melepaskan tembakan hidup
00:42serta menukar rumah penduduk kepada posisi tentera.
00:45Serbuan itu menyasarkan kampung Kafar Malik, Dirjarir dan Al-Mughayr di mana rumah penduduk diambil alih dan dijadikan pos tentera
00:54selepas keluarga mereka diarah keluar.
00:56Manakala di selatan wilayah itu pula, tentera Israel menubuhkan sekatan jalan raya di pintu masuk barat kawasan luar bandar Beltalahem
01:02bagi memeriksa kenderaan dan mengenalpasti penduduk tempatan.
01:06Untuk rekod, tentera Israel dan kumpulan peneroka di tebing barat dilaporkan telah mengorbankan lebih 1,100 warga Palestine, mencederakan hampir
01:1512,000 yang lain serta membawa kepada lebih 22,000 tangkapan.
01:19Dalam perkembangan berkaitan, Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ dalam pendapat undang-undang yang dikeluarkan pada Julai 2024 menyatakan,
01:27pendudukan Israel ke atas wilayah Palestine adalah tidak sah dan menggesa penamatan segera semua penempatan di tebing barat dan Baitul
01:35Maqdis Timur.
01:36Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended