00:00Israel meluluskan rancangan memperluaskan operasi ketenteraan darat dan udara terhadap kumpulan Hezbollah di Lubnan, meningkatkan kebimbangan satu pencerobohan berskala besar
00:11mungkin sedang dirancang.
00:13Langkah itu diambil ketika konflik semakin memuncak berikutan serangan roket oleh Hezbollah ke arah wilayah utara Israel awal bulan ini
00:21di tengah-tengah perang berterusan antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran.
00:28Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, lebih daripada seribu orang terbunuh sejak peningkatan ketegangan itu termasuk sekurang-kurangnya 118 kanak-kanak dan
00:3640 petugas kesihatan.
00:38Lebih sejuta penduduk turut berpindah mencetuskan kebimbangan terhadap krisis kemanusiaan besar.
00:43Tentera Israel menyatakan bahawa Ketua Turus Lieutenant General Eyal Zamil telah meluluskan rancangan untuk meningkatkan operasi darat dan serangan yang
00:50diselesaikan terhadap Hezbollah dan operasi itu dijangka berlanjutan untuk tempoh yang panjang.
00:55Tujuan utama Israel ialah melindungi masyarakat di utara negara itu daripada ancaman serangan kumpulan Hezbollah.
01:01Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz sebelum itu turut mengarahkan jambatan-jambatan yang merentasi Sungai Litani dimusnahkan kerana didakwa digunakan Hezbollah
01:09untuk menghantar tentera.
01:11Serangan udara Israel kemudian merosakkan Jabatan Qasmiye, salah satu laluan utama menghubungkan selatan ke bahagian tengah Lubnan berhampiran bandar pantai
01:19Taira.
01:19Sungai Litani terletak kira-kira 30km dari sempadan Lubnan Israel dan jambatan-jambatan itu juga menjadi laluan penting bagi kegunaan
01:27orang awam.
01:28Tindakan terbabit meningkatkan kebimbangan rakyat Lubnan bahawa Israel mahu mengasingkan kawasan selatan, pusat komuniti syiah dan kubu kuat Hezbollah sebelum
01:36melancarkan operasi menduduki wilayah tertentu dan mewujudkan zon penampan.
01:40Presiden Lubnan Joseph Aoun mengecam serangan Israel sebagai permulaan kepada pencerobohan darat yang disifatkannya sebagai hukuman kolektif terhadap orang awam.
Comments