Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Letupan dan operasi pertahanan udara dilaporkan di Tehran ketika Iran memberi amaran tindakan balas lebih keras jika kemudahan tenaga diserang, termasuk ancaman terhadap Selat Hormuz dan kepentingan Amerika Syarikat serta Israel.
Transcript
00:00Serangan udara dan letupan terus berlaku pada ahad hari ke-23 konflik antara AS, Israel dan Iran ketika mana Iran
00:09memberi amaran akan bertindak lebih keras jika kemudahan tenaga mereka diserang.
00:15Letupan dilaporkan berlaku di bagian timur dan barat Tehran pada ahad malam. Sistem pertahanan udara Iran juga dilihat aktif beroperasi
00:25bagi memintas serangan yang masuk.
00:29Menurut laporan bunyi sistem pertahanan udara turut kedengaran di beberapa kawasan lain di ibu negara itu sepanjang hari dalam satu
00:35penyataan, Markas Tentera Utama Iran memberi amaran bahawa loji tenaga di negara yang menempatkan pengkalan tentera Amerika boleh menjadi sasaran
00:42jika Republik itu menyerang kemudahan tenaga Iran.
00:45Amaran itu dibuat sebagai reaksi terhadap penyataan Presiden Donald Trump yang mengugut untuk menyerang infrastruktur tenaga Iran.
00:50Trump sebelum ini memberi tempoh 48 jam kepada Iran untuk membuka sepenuhnya selat hormus atau berdepan serangan besar terhadap loji
00:57tenaga negara itu.
00:58Bagaimanapun, Iran menegaskan selat tersebut masih dibuka dan berada di bawah kawalan mereka dengan laluan kapal diteruskan mengikut peraturan tertentu
01:06demi keselamatan negara.
01:07Iran turut memberi amaran bahawa jika ancaman itu dilaksanakan, mereka mungkin akan menutup sepenuhnya selat hormus sehingga kemudahan yang rosak
01:14dapat dipulihkan.
01:15Selain itu, Iran juga menyatakan kemungkinan melancarkan serangan besar terhadap infrastruktur tenaga, komunikasi dan kemudahan lain milik Israel serta menyatakan
01:23kepentingan yang berkait dengan Amerika Syarikat di rantau tersebut.
01:26Presiden Iran, Masud Pazishqian berkata selat hormus terbuka kepada semua pihak kecuali mereka yang melanggar kedalatan Iran.
01:32Dalam perkembangan sambal tentera, Israel mengaklumkan bahawa mereka telah menyerang beberapa kemudahan pengeluaran dan penyimpanan senjata milik Iran.
Comments

Recommended