00:00Ringgit dijangka kekal stabil minggu depan dengan diniagakan pada sekitar paras 3.95 berbanding dolar Amerika dalam persekitaran musim perayaan.
00:12Pasaran di Malaysia ditutup pada Jumaat dan akan turut ditutup pada Isnin 23 Mac sempena sambutan Aidilfitri.
00:18Kenangan investmen Bank Berhad berkata pendirian Rizab Persekutuan Amerika Syarikat FED yang bersifat terkawal namun cenderung kepada kelonggaran dasar telah
00:27mengehadkan kenaikan selanjutnya dolar Amerika sekaligus menyumbang kestabilan pasaran.
00:32Menerusi nota penyelidikan pada Kamis, Bank Pelaburan itu memaklumkan pelabur kekal berwaspada sementara perubahan dasar FED dijangka berlaku pada suku
00:42terakhir tahun ini.
00:43Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Mu'amalat Malaysia Berhad Dr. Muhammad Afzan Nizam Abdul Rashid berkata gandingan ringgit dolar
00:51Amerika dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan.
00:54Beliau berkata pelabur sedang memantau ketidaktentuan berkaitan perang yang sedang berlaku di Iran.
00:59Bagi perbandingan secara mingguan, ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika kepada 3.9330 atau 9415 pada Kamis daripada 3.93659410
01:14pada akhir minggu dagangan sebelumnya.
01:17Matawang tempatan diniagakan rendah berbanding sekumpulan matawang utama minggu ini.
Comments