Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Cuti Aidilfitri bagi sekumpulan remaja di Bintulu, Sarawak bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang ketika bermandi-manda di Air Terjun Sungai Plan Plot, Kidurong, pada Sabtu.
Transcript
00:00Cuti Aidilfitri bagi sekumpulan remaja di Bintulu, Sarawak bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas,
00:09manakala seorang lagi masih hilang ketika bermandi-manda di air terjun Sungai Planplot, Kidurung pada Sabtu.
00:16Dua remaja lelaki yang berusia 12 dan 13 tahun itu hilang dari pandangan sekitar pukul 2.30 petang.
00:27Menurut penolong pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Sarawak, Muhammad Fazil Muhammad Kipli,
00:33sebelum kejadian, kedua-dua mangsa bersama dua lagi rakam mereka, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dan remaja perempuan berusia
00:4114 tahun,
00:43dipercayai mandi di kawasan air terjun itu pada pukul 2 petang.
00:46Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.22 petang sebelum menggerakkan enam anggota dari balai Kidurung ke lokasi.
00:56Memandangkan kedalaman air mencecah 9 meter, pasukan penyelamat dalam air atau PPDA turut digerakkan bagi membantu operasi.
01:05Pasukan penyelamat berjaya menemui mayat mangsa pertama pada 5.20 petang yang dikenalpasti sebagai Tristan Maris Marisa Erna yang berusia
01:1412 tahun.
01:15Operasi kemudian diteruskan bagi mencari mangsa kedua iaitu Darren Dakun yang berumur 13 tahun.
01:22Mangsa yang ditemui telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Comments

Recommended