Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diarah memulakan sesi konsultasi segera dengan Kementerian Kewangan bagi merangka langkah bersasar menangani kesan kenaikan harga diesel terhadap sektor pengangkutan pelancongan.
Transcript
00:00Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Motec diarah memulakan sesi konsultasi segera dengan Kementerian Kewangan
00:07bagi merangka langkah bersasar menangani kesan kenaikan harga diesel terhadap sektor pengangkutan pelancongan.
00:15Langkah itu bagi memastikan industri terus stabil, terutama menjelang tahun melawat Malaysia 2026.
00:25Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Singh berkata konsultasi itu diadakan susulan maklum balas
00:33daripada persatuan dan pemain industri yang terkesan ekoran peningkatan kos operasi.
00:38Menurut beliau, perbincangan antara Motec dan Kementerian Kewangan akan memberi tumpuan kepada situasi semasa
00:44termasuk kemungkinan memperkenalkan sokongan sementara bagi mengurangkan tekanan jangka pendek yang sedang dihadapi pengusaha.
00:50Tiong juga berkata, Kementerian sedang memantau rapat kesan kenaikan harga diesel kerana ia boleh memberi impak berantai
00:57kepada pelancongan masuk, perniagaan serta kestabilan keseluruhan ekosistem pelancongan negara.
01:03Beliau juga menegaskan apa jua sokongan yang bakal diperkenalkan akan mengambil kira pembangunan jangka panjang industri
01:09bukan sekadar penyelesaian sementara.
01:12Menteri itu turut menasihatkan semua pihak agak kekal tenang dan bertindak berhemah
01:16sambil memberi jaminan bahawa kerajaan akan menyeimbangkan pelbagai kepentingan sebelum memutuskan langkah terbaik.
01:24Menteri itu turut menasihatkan semua pihak agak kekal tenang dan bertindak berhemah
01:29sambil memberi jaminan bahawa kerajaan akan menyeimbangkan pelbagai kepentingan sebelum memutuskan langkah terbaik.
Comments

Recommended