Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) diarah mempergiat rondaan di pangkalan haram sepanjang Sungai Golok bagi menghalang pergerakan rentas sempadan menggunakan laluan tidak sah sepanjang musim perayaan ini.
Transcript
00:00Pasukan Gerakan Am PGA dan Pasukan Polis Marin PPM diarah mempergiat rondaan di Pangkalan Haram sepanjang Sungai Golok
00:09bagi menghalang pergerakan rentas sempadan menggunakan laluan tidak sah sepanjang musim perayaan ini.
00:15Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Yusuf Mamad berkata,
00:19arahan dikeluarkan beberapa hari menjelang Aidilfitri berikutan jangkaan peningkatan cubaan untuk melintasi sempadan secara haram.
00:31Katanya polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang.
00:38Beliau turut menggesa orang ramai menggunakan laluan sah seperti Kompleks Imigresen, Kustom, Kuarantin dan Keselamatan ICQS bagi mengelak dikenakan tindakan
00:47tegas.
00:48Kelantan mempunyai tiga kompleks ICQS iaitu di Rantau Panjang, Pengkalan Kubur dan Bukit Bunga.
00:55Timbalan Kumanda Regensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia AKPS Rantau Panjang, Bakri Sulaiman sebelum ini berkata,
01:03kira-kira 50,000 pelancong dijangka melalui Kompleks ICQS Rantau Panjang sepanjang Aidilfitri.
01:10Katanya jumlah itu merangkumi pelancong keluar dan masuk negara dalam tempoh tiga hari sebelum dan selepas perayaan.
01:18Terima kasih telah menonton!

Recommended