00:00Seorang kanak-kanak lelaki tempatan dari Kuching menjadi korban terbaharu jangkitan rabis di Sarawak.
00:07Jabatan Kesihatan Negeri JKN Sarawak memaklumkan mangsa mempunyai sejarah digigit anjing terbiar pada 11 Februari lalu.
00:16Kanak-kanak berusia 10 tahun itu dilaporkan hanya mencuci luka sendiri di rumah tanpa mendapatkan rawatan lanjut.
00:27Jabatan itu berkata mangsa mula menunjukkan gejala seperti kurang selera makan, muntah, kejang leher dan hidrofobia pada 11 Mac sebelum
00:37dibawa ke klinik dua hari kemudian.
00:39Mangsa seterusnya dirujuk ke Hospital Umum Sarawak serta dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik pada hari sama.
00:46Keputusan ujian makmal mengesahkan mangsa dijangkiti rabis pada 14 Mac dan meninggal dunia pada 18 Mac.
00:53Hasil siasatan mendapati faktor risiko utama bagi kes terbaharu ini adalah kelewatan mendapatkan rawatan selepas digigit haiwan.
01:03JKN Sarawak menasihatkan sekiranya berlaku kejadian gigitan atau cekanan haiwan, tindakan mencuci luka serta mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat
01:14perlu dilakukan segera.
Comments