Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Seorang remaja lelaki yang juga anak kepada wakil rakyat pembangkang di Pahang ditahan untuk siasatan kes rogol membabitkan gadis bawah umur.
Transcript
00:00Seorang remaja lelaki yang juga anak kepada wakil rakyat pembangkang di Pahang ditahan untuk siasatan kes rogol membabitkan gadis bawah
00:12umur.
00:12Ketua Polis Daerah Maran, Sepretenden Wong Kim Wai berkata, remaja berusia 17 tahun yang sedang menunggu keputusan sijil pelajaran Malaysia
00:22SPM itu ditahan pada Jumaat.
00:25Sejurus laporan polis dibuat ibu mangsa.
00:31Berdasarkan laporan, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa dirogol di sebuah rumah pada awal Mac lalu dengan kejadian dikatakan berlaku
00:39selepas gadis itu keluar bersiar-siar bersama suspek yang baru dikenali di Bandar Maran.
00:45Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah rumah dan merogol gadis terbabit.
00:50Mangsa bagaimanapun hanya memaklumkan kejadian itu kepada ibunya pada Jumaat selepas laporan polis dibuat.
00:56Kim Wai berkata, suspek yang ditahan pada Jumaat bagaimanapun dibebaskan pada Sabtu selepas polis selesai merakam keterangannya.
01:04Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Kesiksaan.
01:09Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa seorang gadis bawah umur dirogol anak kepada seorang ahli Dewan Undangan Negeri Pembangkang
01:16di Pahang.
01:17Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended