Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Sekuat mana peluru balistik dimiliki Iran? Wartawan Astro AWANI, Yasmin Natasha memperincikan mengenai kategori peluru berpandu negara republik itu yang telah menimbulkan kegerunan kepada negara musuh.
Transcript
00:00Iran sekarang ini memiliki salah satu simpanan peluru berpandu paling besar dan canggih di Asia Barat
00:06dengan sistem yang berupaya menyerang sasaran pada jangkauan pendek iaitu hingga lebih 2,500 km.
00:13Keupayaan tersebut menjadikan Teheran antara negara dengan teknologi pertahanan strategik yang paling maju di rantau Asia Barat.
00:21Peluru berpandu balistik ialah senjata berpandu broket yang dikawal semasa menaik
00:26tetapi mengikuti trajektori bebas untuk sebahagian besar penerbangannya.
00:31Untuk mudah difahami, peluru berpandu dimiliki Iran terbagi kepada tiga kelas iaitu jarak dekat, jarak sederhana dan jarak jauh.
00:40Bagi peluru berpandu jarak dekat, Iran dilaporkan memiliki tujuh jenis misil yang mampu ditembak
00:45meliputi jarak antara 300 km ke 600 km jauhnya.
00:50Perlu diingatkan, ini hanyalah pada jarak dekat sahaja.
00:54Ia meliputi misil Syahab 1, FED-110, Raat-500, Syahab 2, Fatih-313 dan Quds 1.
01:07Kategori sederhana pula menyaksikan Iran mampu melepaskan misil ke arah sasaran
01:12yang menjangkau antara 700 km hingga 1,700 km.
01:17Enam peluru berpandu dimiliki Iran dalam kategori ini iaitu Ya'ali, Zor Ghaffar, Qiyam 1, Syahab 3, K-Bashikan dan
01:27Imad
01:27yang mampu menjangkaui jarak sejauh 1,700 km.
01:33Bagi kategori jarak jauh, Iran dilaporkan mempunyai tiga jenis peluru berpandu super
01:38yang mampu menembak sasaran menjangkaui jarak sehingga 2,500 km.
01:44Tiga misil berkenaan dikenali sebagai Guard, Sigil dan Cruise Somar.
01:49Perlu diingatkan bahawa ini maklumat yang dimiliki setakat ini
01:53dan kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa Iran mempunyai kekuatan peluru berpandu yang lebih hebat
01:59yang mampu menjangkaui jarak sasaran lebih jauh, perkara itu tidak mustahil.
02:05Setakat ini dahulu kupasan yang saya boleh kongsikan mengenai konflik di Asia Barat ketika ini
02:09perincian lanjut boleh diikuti di esraawani.com dan kembali kepada Zul.
Comments

Recommended