00:00Suasana Aidilfitri juga sering dipenuhi kemeriahan dengan pelbagai aktiviti yang menarik, termasuk tahun ini Pesta Pelita Raya Pahang 2026.
00:10Pesta yang bertemakan Melayu klasik itu bukan sahaja menghidupkan semula tradisi pemasangan pelita menjelang Aidilfitri, tetapi ia juga mengeratkan silaturahim
00:18antara masyarakat.
00:20Kita menjengah ke Felda Jengka 25 untuk menikmati cahaya pelita yang memukau, meriah serta penuh nostalgia.
00:40Kanak-kanak berlari riang, belia sibuk membantu menyalakan pelita, menekan warga emas tersenyum mengimbau kenangan lama.
00:48Jumlah keseluruhan pelita yang dinyalakan mencecah 5,700 unit, termasuk pelita dihasilkan sendiri oleh penduduk.
00:58Program ini bukan sekadar tentang lampu atau pelita, tetapi simbol kebersamaan, kesatuan dan semangat Aidilfitri.
01:06Bagi pengurus Felda Jengka 25, Mohd Faiz Marifin, Pesta Pelita Raya Pahang 2026 bukan sahaja menceriakan kampung,
01:16tetapi mengekalkan tradisi lama yang sinonim dengan masyarakat terdahulu.
01:22Seperti yang sedia maklum, untuk penganjuran Pesta Pelita Raya tahun ini,
01:26kita dengan kerjasama semua golongan lapisan masyarakat, belianya, penerokanya,
01:33kita membuat sendiri pelita raya buluh, yang mana sebanyak 700 unit kita berjaya hasilkan
01:43untuk Pesta Pelita Raya tahun ini.
01:47Dan dengan usaha ini, sekaligus kita berjaya ataupun membantu untuk mengekalkan tradisi lama
01:54yang sebelum-sebelum ini dilakukan oleh masyarakat yang terdahulu.
02:09Pesta Pelita Raya Pahang 2026 turut menarik penyataan aktif golongan belia.
02:15Ini sekaligus memastikan golongan itu menghargai tradisi sambutan Hari Raya
02:20yang diwarisi sejak dahulu.
02:22Saya terlibat untuk program ini sebagai suatu program untuk mengeratkan lagi hubungan
02:31antara masyarakat, menghidupkan balik pelita suasana, pelita raya IDF3 zaman dulu-dulu punya.
02:37Harapan saya semoga Pesta Pelita Raya ini diadakan setiap tahun pada musim perayaan
02:44untuk mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat muda dan juga orang lama.
02:50Orang lama ini lebih berpengalaman dan orang lama boleh berkongsi lagi dengan jalan si muda
02:56untuk menghidupkan lagi suasana pelita raya.
02:58Pesta Pelita Raya Pahang 2026 langsung bermula 20 Mac hingga 30 Mac di 11 daerah seluruh Pahang.
03:08Setiap daerah menampilkan berbagai aktiviti menarik antaranya memasang pelita kreatif,
03:13persembahan kebudayaan serta jualan makanan dan produk tempatan yang mencerminkan identiti negeri ini.
03:21Terima kasih telah menonton!
Comments