00:00Hari Raya pasti akan lebih meriah dengan pelbagai juadah yang dihidangkan dan sudah tentu tidak lengkap Hari Raya tanpa hidangan
00:08lemang.
00:09Lemang yang dimasak secara tradisional menggunakan dapur kayu tetap menjadi pilihan para penggemar.
00:15Para tawanan serakwani, Yasmin Natasha, ada laporannya.
00:28Lemang sememangnya sinonim dengan Hari Raya.
00:31Setiap kali menjelang Aidilfitri, aroma lemang yang dibakar perlahan pasti memenuhi ruang sama ada di bandar maupun di kampung.
00:40Bagi warga kota, lemang daun lerik gombak antara yang dinantikan permintaannya setiap kali menjelang Hari Raya.
00:47Daun lerik digunakan bagi menggantikan daun pisang atas beberapa sebab.
00:53Lemang pakcik ini kami menggunakan daun lerik sebagai alas lemang kami.
00:59Kami tak gunakan daun pisang.
01:02Kami rasa daun lerik itu lebih sesuai.
01:07Kita boleh cuci daun dia, kita boleh bersihkan daun dia dan daun dia boleh tahan lama
01:15dan memudahkan pelanggan kami untuk nak buka.
01:18Pasal dia cuma perlu tarik saja, lemang itu dah boleh keluar.
01:24Idea menggunakan daun lerik ini diadaptasi daripada kaedah yang digunakan orang asli bagi memasak nasi dan sesetengah jenis lauk lain.
01:33Bekalan daun lerik dan buluh lemang juga diperoleh daripada komuniti orang asli sekaligus dapat menyokong menambah sumber pendapatan mereka.
01:42Walaupun perniagaan lemang lerik ini telah bermula sejak tahun 1994, kualiti lemang menjadi keutamaan.
01:49Untuk memastikan kualiti lemang kekal lembut dan tidak bergerak, teknik pembakaran turut memainkan peranan penting.
01:56Di sini kita menggunakan dapur dua tingkat yang mana kalau kita tengok lemang ini airnya dah mula nak kering,
02:07dah mula nak kering, lepas itu kita naikkan ke tingkat atas.
02:11Tingkat atas ini menandakan haba sahaja yang boleh masakkan dia.
02:18Kita tak gunakan api yang dekat.
02:21Kalau api yang dekat, mungkin ini akan bergerak.
02:24So, kita gunakan dapur dua tingkat mana ke atas ini haba itu sahaja yang mengeringkan air itu.
02:32Jadi, lemang kita sentiasa lembutlah.
02:35Lemang kita money back guarantee lah.
02:37Money back guarantee.
02:38Memang adalah kadang-kadang dia ada bocor, ada retak sini, air ini terkeluar kan.
02:44Jadi, kadang-kadang ada lemang itu yang tak sempurna.
02:47Jadi, untuk mengelakkan itu kita bagi jaminan pada pelanggan kita yang mana kalau beli lemang kami yang tak boleh.
02:54dia makan, tak sempurna, kita akan tukar ataupun wang dia kita kembali-kembali.
03:01Selain teknik pembakaran, kualiti bahan mentah turut diberi perhatian bagi memastikan kualiti lemang sentiasa terjaga.
03:10Santannya akan diperas segar setiap hari untuk buat lemang.
03:13Daun lerik dan bulu pula akan dibasuh satu persatu sebelum digunakan.
03:18Langkah ini penting bagi menjamin kebersihan dan mengekalkan rasa asli lemang
03:23sekaligus memastikan pelanggan terus setia mencarinya setiap kali menjelang Aidilfitri.
03:29Okey, saya ni peminat lemang.
03:31Saya memang dah cuba macam-macam lemang.
03:33Saya rasa yang ini adalah yang terbaik.
03:35Paling sedap, lemak dia, kualiti memang santannya rasa.
03:40Memang selalu kena dikat sini?
03:41Setiap tahun, hampir 5 tahun.
03:43Malam raya, beraturlah dikat sini.
03:46Memang cut off pukul 11, kadang-kadang kena tunggu sampai pukul 4 pagi.
03:51Justeru tidak hairan lemang daun lerik ini terus menjadi pilihan orang ramai
03:55apabila tibanya Ramadan dan Aidilfitri.
03:58Menjelang hari raya Aidilfitri, lemang adalah salah satu juada yang paling penting.
04:03Dengan lemang, akan menghidupkan suasana hari raya.
04:06Dan selamat hari raya Aidilfitri daripada saya, Yasmin Natasha dan Esra Awan.
Comments