Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Yang di-Pertuan Agong menggesa rakyat memelihara perpaduan, adab dan kesopanan, meneruskan amalan baik Ramadan serta menolak sikap yang menggugat keharmonian masyarakat majmuk demi keamanan dan kesejahteraan negara.
Transcript
00:00Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah kepada rakyat Malaysia agar terus memperkukuh perpaduan dan mengamalkan nilai adab dalam kehidupan
00:07seharian sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
00:10Dalam perutusan rasmi Aidilfitri, Seri Paduka Baginda menzaikan rasa syukur kehadiran Allah SWT atas nikmat menyambut syawal selepas umat Islam
00:18melalui bulan Ramadan dengan penuh keinsafan dan ibadah.
00:22Seri Paduka Baginda mengajak umat Islam untuk terus memanjatkan doa kepada Allah SWT agar saudara seagama di seluruh dunia khususnya
00:32yang tertindas akibat konflik dan keganasan, dikurniakan pelindungan, kemenangan serta keamanan sejagat.
00:38Pada masa sama, Baginda menasihati rakyat agar tidak melupakan golongan kurang berdasar baik dengan terus menghulurkan bantuan dan meringankan beban
00:46mereka yang memerlukan.
00:47Mengulas lanjut, yang di-Pertuan Agong turut mengingatkan bahawa amalan baik sepanjang Ramadan harus diteruskan agar umat Islam menjadi lebih
00:55istikamah dan taat kepada perintah Allah SWT.
00:59Dalam perutusan tersebut, Baginda turut menzahirkan kebimbangan terhadap isu yang boleh menggugat pepaduan rakyat.
01:05Tegas Baginda, sebarang anasir yang mengancam keharmonian masyarakat perlu dibanteras tanpa kompromi bukan saja melalui tindakan undang-undang tetapi juga
01:13melalui penerapan nilai peadaban dalam kehidupan seharian.
01:16Rakyat Malaysia turut diingatkan agar berpegang kepada prinsip rukun negara khususnya kesopanan dan kesusialaan yang menjadi asas penting dalam membentuk
01:25masyarakat beradab.
01:26Baginda turut menyentuh beberapa insiden yang mencetuskan ketegangan dalam masyarakat termasuk tindakan tidak menghormati simbol agama, kelakuan tidak sopan di
01:34tempat ibadah serta penyebaran kebencian melalui kata-kata yang tidak beradab.
01:38Sebungan itu, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa sikap kurang ajar tidak boleh diterima dalam mana-mana lapisan masyarakat sama ada
01:46antara kaum berbeza maupun dalam kalangan kaum yang sama.
Comments

Recommended