00:00Jumlah trak bantuan yang memasuki semenanjung Gaza menyusut kira-kira 80% berdasarkan anggaran antarabangsa sejak bermulanya serangan Israel AS
00:08di Iran 28 Februari lalu.
00:11Agensi Berita Palestine, Wafa melaporkan purata mingguan menurun daripada kira-kira 4,200 trak sebelum serangan kepada 590 pada minggu
00:21pertama,
00:21kemudian meningkat kepada 1,137 pada minggu kedua, manakala minggu ini setakat petang selasa lalu jumlah itu tidak melebihi 400
00:30trak.
00:32Pada masa sama, penurunan mendadak dalam aliran bantuan memberi kesan kepada keadaan kehidupan dengan peningkatan ketara harga makanan serta kekurangan
00:42barangan asas di semenanjung Gaza.
00:44Harga bagi seguni tepung seberat 25kg meningkat kepada kira-kira 100 shekel, 3 kali ganda berbanding harga sebelumnya,
00:53manakala harga 1kg tomato naik daripada sekitar 5 shekel kepada 12 shekel.
00:58Sementara itu, barangan seperti minyak masak dan makanan dalam tin dilaporkan sudah kehabisan di pasaran.
01:04Dalam sektor kesihatan, sumber perubatan melaporkan kekurangan peralatan perubatan yang semakin serius
01:12serta memberi amaran mengenai risiko kegagalan grid kuasa yang bergantung kepada generator berikutan kekurangan bahan api dan alat ganti.
01:21Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO turut memberi amaran mengenai kekurangan ubat-ubatan dan bekalan perubatan yang semakin meruncing.
01:29Sementara itu, tabung kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNICEF menegaskan bahawa bantuan yang disalurkannya menyelamatkan nyawa kanak-kanak dan
01:39keluarga mereka di Gaza
01:40sambil memberi amaran bahawa sebarang gangguan akan terus memburukkan lagi keadaan kemanusiaan.
Comments